MEMOHON SUMBANGAN PENAJAAN
Merujuk perkara diatas, kami dari kelab motor MZAB Rompongz ingin memohon sumbangan penajaan dari pihak Datuk / Datin / Tuan /Puan untuk satu perlumbaan yang akan kami sertai dimana acara ini memerlukan kos yang tinggi.
Berikut adalah maklumat terperinci perlumbaan yang akan kami sertai:
Tempat acara: Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Tarikh acara: 18 April, 23 May, 27 Jun dan 1 Ogos 2010
Nama perlumbaan: Malaysian Super Series (MSS)
Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak Datuk / Datin / Tuan / Puan dapat memberikan sumbangan penajaan kepada kelab kami untuk menyertai perlumbaan yang berprestij ini yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bersama surat ini kami lampirkan sekali kertas cadangan untuk pihak Datuk / Datin / Tuan / Puan mengenai acara perlumbaan yang akan kami sertai.
Setinggi-tinggi penghargaan dari pihak kami kepada Datuk / Datin / Tuan / Puan di atas sumbangan penajaan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan rancangan kami ini.
Sumbangan Penajaan:
Setiap sumbangan yang disumbangkan kepada kelab kami oleh orang perseorangan, syarikat atau sebagainya akan diberikan saguhati seperti berikut:
- 1 x T-shirt kelab.
- Sticker penajaan (setiap sticker penaja akan ditampal pada setiap jentera yang terlibat dalam perlumbaan sebagai tanda penghargaan kelab pada pihak penaja)
Penutup:
MSS merupakan salah satu sukan permotoran yang sangat berprestij bagi peminat sukan bermotor dalam negara. Penyertaan MZAB Rompongz dalam acara ini mungkin akan menjadi titik tolak anjakan dalam bidang tersebut. Sumbangan dan tajaan pihak Datuk / Datin / Tuan / Puan harap dapat member sinar baru bagi pasukan kami. Memandangkan kos yang tinggi harapan kami agar pihak Datuk / Datin / Tuan / Puan dapat memberi tajaan ikhlas mengikut kemampuan agar hasrat kami memajukan sukan permotoran dipersada negara tercapai.
1 Tekad, 1 Matlamat, 1 Harapan dan 1 Malaysia.
-
Highlights
Categories:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response for the "Penajaan / Sponsor"
Post a Comment