• Highlights

    Photobucket

Latar Belakang Perlumbaan

Perlumbaan “Malaysian Super Series” adalah salah satu acara perlumbaan motorsikal yang dianjurkan di Malaysia yang melibatkan motorsikal dari pelbagai kategori seperti Superbike sehingga Motorcub. Perlumbaan yang berprestij ini disertai pelbagai pasukan samada dari dalam negara ataupun luar negara dimana acara yang dianjurkan ini adalah salah satu acara sukan permotoran yang diminati ramai dari pelbagai peringkat usia tidak kira tua ataupun muda. Salah satu pasukan yang akan menyertai perlumbaan Malaysian Super Series ini adalah pasukan MZAB Rompongz yang terdiri daripada pelumba yang kesemuanya adalah anak jati Malaysia. Pasukan ini akan menyertai perlumbaan dalam kategori Superbike dan Motorcub.

Objektif:

- Melahirkan pelumba-pelumba tempatan yang profesional dan berkaliber dalam sukan permotoran di peringkat yang lebih tinggi khususnya di peringkat antarabangsa.
- Menjadikan pasukan kami setaraf atau antara pesaing hebat dengan pasukan-pasukan lain di peringkat antarabangsa.
- Dapat meningkatkan daya saing yang sihat, mutu perlumbaan, kemahiran pelumba-pelumba dan semangat berpasukan.
- Menjadikan acara ini sebagai satu kayu pengukur untuk menguji kehebatan pelumba-pelumba dan jentera pasukan kami dengan pasukan-pasukan yang lain.
- Turut serta menjadi salah satu pasukan yang menjayakan program yang dianjurkan ini.
- Memajukan sukan permotoran negara.
- Berharap untuk menaikkan nama negara ke peringkat antarabangsa dan dimata dunia.
- Turut menggalakkan aktiviti kesukanan yang sihat di antara kaum belia untuk mengurangkan gejala dan aktiviti tidak sihat.
- Membentuk jati diri dan sahsiah dikalangan belia.
- Mewujudkan semangat kerjasama dan toleransi antara belia.
- Bersikap lebih kompetitif dalam menyahut cabaran kerajaan dalam mengharumkan nama negara.

Categories:

0 Response for the "Objektif kami di arena dunia perlumbaan"