MZAB Motor ditubuhkan pada 30 May 2001 dan memulakan operasinya dalam bidang servis dan penyelenggaraan khusus untuk motor berkuasa tinggi dengan sebuah bengkel di Segambut Luar, KL. Diterajui oleh En. Mohd Zulkifli Abu Bakar yang telah mendapat latihan kemahiran awal di IKBN Jitra Kedah pada tahun 1994. Pengalaman berkerja beliau bersama Suzuki Lion antara pengeluar motorsikal terbesar di Malaysia, Mofaz dan mendapat latihan lanjut di Italy telah menjadikan beliau antara sebilangan kecil pakar bagi motorsikal buatan Eropah yang terkenal dengan motorsikal berprestasi tinggi.
Pada tahun 2007, MZAB Motor telah beroperasi ditempat baru (Alamat diatas) hingga ke hari ini memandangkan lokasi yang lebih strategik dan infrastruktur yang lebih lengkap dan selesa. Ini bukan penyertaan sulung MZAB Motor yang mana pada tahun 2005, MZAB telah menyertai perlumbaan MSS dan SPRINTA cub prix dan memperolehi pencapaian yang agak membanggakan. Namun kecemerlangan tersebut tidak dapat diteruskan kerana kekurangan dana.
Kini Rompongz, sebuah kumpulan kecil pemilik motor Kawasaki Ninja 250r telah membangkitkan semula semangat MZAB Motor untuk menyertai perlumbaan MSS pada tahun ini. Rompongz yang ditubuhkan setahun yang lalu, mempunyai pelumba-pelumba yang berkaliber dan bersemangat. Rompongz telah memilih MZAB Motor sebagai bengkel rasmi bagi membuat persediaan untuk perlumbaan kerana MZAB Motor mempunyai kemudahan-kemudahan yang berteknologi tinggi dalam proses modifikasi dan baik pulih enjin selain pengalaman yang diperlukan oleh sesebuah pasukan lumba.
Kedua-dua pihak MZAB Motor dan Rompongz telah bersetuju untuk mewujudkan satu pasukan lumba untuk menyertai MSS pada tahun ini, dengan menggunakan nama MZAB Rompongz. Tetapi keadaan ekonomi dan dana yang kurang telah membantutkan hasrat dan cita-cita pasukan. Kini MZAB Rompongz berusaha gigih untuk mendapatkan penajaan mana-mana syarikat atau orang persendirian yang dapat membantu pasukan ini bagi menyertai perlumbaan MSS tahun ini.
-
Highlights
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response for the "Latar Belakang MZAB Rompongz"
Post a Comment