• Highlights

    Photobucket

MZAB Rompongz : MSS Round 1

Posted by Unknown On 11:59 PM 0 comments

Photobucket
Akhirnya, hasrat kami tercapai utk menyertai perlumbaan yang diiktiraf ini... tetapi hampa dengan pihak pengurus yang tukar kategori perlumbaan di saat2 akhir...diorang boleh plak skalikan two stroke n four stroke skali...apela.. agak kecewa tetapi xpe, semangat rompongz tetap ada... kami terus kan usaha utk menakluk sepang... result MZAB Raompongz not bad gak la.. dapat duduk postion tengah2..

Photobucket

Seperti yang dirancang minggu lepas, MZAB Rompongz telah join Open track day kali ini dengan jayanya... berhasrat untuk mengasah skill lagi..
penuh dengan sambutan hangat daripada peminat dan pasukan sokongan yang ramai..(hehe..berangan kjap)..
But kali ini mmg ramai geng rompongz yg trun.. tq for coming ya'all..

Begitu juga dengan rider2 smua, telah menunjukkan skill2 yg terpendam lama.. dan juga aku dapat peluang pusing2 track naik basikal jer...hehe..
Cume berlaku sedikit insiden pada hari tersebut, yg mana Abg.Zul yg naik Kips 150R tergelincir n jatuh, but die ok.. mgkin akan sengal2 skit badan arini.. kene urut setel r tue..

Dan juga dua rider yang kurang asam.. boleh plak sempat main korek2 batu kat turn 9 kut..disaksikan oleh napie yg cube tolong.. dua2 rider overshoot sbenarnya, nasib baik dua2 x jatuh ke aper ker.. dah la sorang tue motor baru kluar kedai cat kan...

Napie (Si Tenang) syok layan diri sorang naik R1(LC135 jer..) kat trek duk cucuk motor Aprilia Rs125..hehe, tapi aku tau die gian nak ride/layan corner..

Champion of the day, Bpac and Panjang.. dua2 tidak kurang hebatnye.. cume terpisah kerana motor bpac kurang mantop bila kluar corner.. Panjang yg bwk tzm sodap la.. 2 stroke maa...

Arep plak poser terbaik time corner, mata die dok cari aku jer kat corner, nampak je aku terus posing maut.. ade skali sempat die tunjuk 'peace'..gilos mamat nie, dh la x pakai stokin..hehe

Azizi agak berhati2 kali ini, motor cat baru kan, so sayang skit r.. kang masuk kedai blk merana..

Pedok, walaupun agak kaku, tetapi tetap mindset die racer.. ye la org tu dh kawen kan.. komitmen die byk...

dan juga Tq to all supporters yg dtg aritu, sejuk skit mata memandang dgn kehadiran Gadis2 Litar..(Tokwan, Iqmal, Najib n wife. Fea, Yaya, Aida, Apis, ade lagi yg lain ker???)

and diri aku sendiri, sambil amek gambar sambil exercise kayuh basikal keliling track...huhu kuyup gak ar..tapi best..

18th April 2010 - MSS Detail

Posted by Unknown On 11:15 PM 0 comments

MALAYSIAN SUPER SERIES 2010
18th April 2010
(Motorcycles and Cars)

Additional Supplementary Regulations

ASR 1 – 5th April 2010

SPORTING REGULATIONS

1. PERMIT NO.
To be advised

3. DESCRIPTION OF EVENT

    3.1 Production Motorcycles
    3.2 Bikerz Mag Cup
    3.3 Satria Neo R3

6. VENUE & RACE DISTANCE
Sepang International Circuit – North Track
Length - 2.807 km
Direction - Clockwise
Number of starters - 36 motorcycles Cars : 28

7. EVENT PROGRAM

SUNDAY, 18th APRIL 2010
0800 hrs – 0900 hrs Registration & Scrutineering Bikes
1000 hrs Riders’ Briefing
0900 hrs – 1000 hrs Registration & Scrutineering Cars
1100 hrs Drivers’ Briefing
1100 hrs – 1120 hrs Production Bikes Practice Session
1125 hrs – 1145 hrs Bikerz Mag Practice Session
1150 hrs – 1210 hrs Satria Neo R3 Practice Session
1215 hrs – 1235 hrs Production Bikes Qualifying
1240 hrs – 1300 hrs Bikerz Mag Qualifying
1305 hrs – 1425 hrs Satria Neo Qualifying
1430 hrs – 1500 hrs Production Bikes Race 1 (10 laps)
1510 hrs – 1540 hrs Bikerz Mag Race 1 (10 laps)
1550 hrs – 1620 hrs Satria Neo R3 Race 1 (10 laps)
1630 hrs – 1700 hrs Production Bikes Race 2 (10 laps)
1710 hrs – 1740 hrs Bikerz Mag Race 2 (10 laps)
1750 hrs – 1820 hrs Satria Neo R3 Race 2 (10 laps)

8. OFFICIAL
AAM Stewards : TBC
Clerk of the Course : Asni Taib
Dep. Clerk of the Course : C. Kumarasamy
Secretary of the Meet : Mashithah Hashim
Chief Scrutineer MSS : Erza Anas
Chief Timekeeper : Asrul Affendi Hamid
Chief Medical Officer : Dr. Nor Azlin Zainal Abidin

Penajaan / Sponsor

Posted by Unknown On 7:12 PM 0 comments

MEMOHON SUMBANGAN PENAJAAN

Merujuk perkara diatas, kami dari kelab motor MZAB Rompongz ingin memohon sumbangan penajaan dari pihak Datuk / Datin / Tuan /Puan untuk satu perlumbaan yang akan kami sertai dimana acara ini memerlukan kos yang tinggi.

Berikut adalah maklumat terperinci perlumbaan yang akan kami sertai:
Tempat acara: Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Tarikh acara: 18 April, 23 May, 27 Jun dan 1 Ogos 2010
Nama perlumbaan: Malaysian Super Series (MSS)

Latar Belakang Perlumbaan

Perlumbaan “Malaysian Super Series” adalah salah satu acara perlumbaan motorsikal yang dianjurkan di Malaysia yang melibatkan motorsikal dari pelbagai kategori seperti Superbike sehingga Motorcub. Perlumbaan yang berprestij ini disertai pelbagai pasukan samada dari dalam negara ataupun luar negara dimana acara yang dianjurkan ini adalah salah satu acara sukan permotoran yang diminati ramai dari pelbagai peringkat usia tidak kira tua ataupun muda. Salah satu pasukan yang akan menyertai perlumbaan Malaysian Super Series ini adalah pasukan MZAB Rompongz yang terdiri daripada pelumba yang kesemuanya adalah anak jati Malaysia. Pasukan ini akan menyertai perlumbaan dalam kategori Superbike dan Motorcub.

T-shirt rasmi MZAB Rompongz

Posted by Unknown On 2:41 AM 1 comments

Photobucket

T-shirt rasmi untuk racing team MZAB Rompongz..
Logo penaja akan diletakkan die bahagian belakang baju.

Latar Belakang MZAB Rompongz

Posted by Unknown On 2:24 AM 0 comments

Photobucket
Photobucket

MZAB Motor ditubuhkan pada 30 May 2001 dan memulakan operasinya dalam bidang servis dan penyelenggaraan khusus untuk motor berkuasa tinggi dengan sebuah bengkel di Segambut Luar, KL. Diterajui oleh En. Mohd Zulkifli Abu Bakar yang telah mendapat latihan kemahiran awal di IKBN Jitra Kedah pada tahun 1994. Pengalaman berkerja beliau bersama Suzuki Lion antara pengeluar motorsikal terbesar di Malaysia, Mofaz dan mendapat latihan lanjut di Italy telah menjadikan beliau antara sebilangan kecil pakar bagi motorsikal buatan Eropah yang terkenal dengan motorsikal berprestasi tinggi.